SEMESTER 3
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, teori imej telah dipilih dalam
menganalisis setiap data yang berasaskan iklan produk kecantikan wanita. Berikut
ialah data iklan yang dipilih untuk dihujahkan menerusi aspek semantik dengan
menggunakan teori imej :
JADUAL
3: Data pilihan dan sumbernya
|
|
DATA
PILIHAN
SUMBER
|
|
1.
|
Jelita
Tanpa Mengira usia Iklan
produk Safi Rania Gold.
|
|
2 .
3.
|
Awet
muda
Iklan produk Safi Rania Gold
Tona
kulit sekata Iklan produk Safi
Rania Gold
|
|
4.
|
Limpahi
kulitmu dengan kelembapan Iklan
produk SILKYGIRL
|
|
5.
6.
7.
|
Ceriakan
matamu dengan warna baru Iklan
produk SILKYGIRL
Kulit
penuh bertenaga Iklan produk Bio-Essence
Membersih
secara mendalam Iklan
produk Bio-Essence
|
Terdapat tujuh data yang dipilih daripada
beberapa sumber yang dilihat sesuai dengan kajian kertas kerja ini. Selain itu,
data-data yang telah dipilih juga dilihat kesesuaiannya dengan teori imej yang digunakan
dalam kertas kerja ini.
3.1
Analisis data pertama : Jelita Tanpa Mengira Usia.
“Jelita Tanpa Mengira usia”, begitulah data pertama yang telah
dipilih melalui satu iklan produk kecantikan wanita tempatan yang agak terkenal
iaitu Safi Rania Gold. Dalam
konteks ini, terdapat beberapa tafsiran atau gambaran secara implisit yang
mungkin wujud dalam fikiran seseorang ketika membaca, mendengar atau melihat
perkataan tersebut.
Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan
‘Jelita’ bermaksud cantik, elok, molek atau perihal jelita dan kecantikan dilihat boleh memberi tafsiran yang
sama dengan imej minda pengguna. Hal ini
kerana, imaginasi pengguna didorong oleh gambar duta produk berkenaan iaitu
seorang artis terkenal yang telah mencecah usia dalam lingkungan 30-an, namun
dilihat memiliki wajah yang jelita.
Imej pertama menjelaskan bahawa tergambar
dalam fikiran pengguna sekiranya dia membeli produk Safi Rania Gold, wajahnya
akan kekal muda walaupun usianya tidak muda. Hal ini bermakna kejelitaan
pengguna atau bakal pengguna produk tersebut tidak bergantung atau tidak
terjejas dengan usianya yang mungkin meningkat. Misalnya, kebanyakkan pengguna
produk berkenaan terdiri daripada golongan kaum hawa yang berusia 30 tahun ke
atas. Hal ini membuktikan kebanyakkan pengguna telah dipengaruhi gambaran
mental mereka melalui istilah pada iklan produk tersebut.
Imej kedua pula fikiran seseorang boleh sahaja
menggambarkan bahawa setiap peringkat umur iaitu, muda atau tua akan kelihatan
jelita sekiranya menggunakan produk berkenaan. Dalam konteks ini, mungkin ada
yang membayangkan sesiapa sahaja pasti cantik apabila memilih untuk menggunakan
produk berkenaan. Contohnya, pengguna yang
berumur 20-an telah membeli produk berkenaan kerana memahami istilah itu
sebagai sesiapa sahaja mampu memiliki kulit yang cantik sekiranya menggunakan
produk Safi Rania Gold itu.
Jika ditinjau dalam konteks pengiklanan
pula, istilah Jelita Tanpa Mengira usia sebenarnya merupakan kaedah untuk mempengaruhi
pengguna atau bakal pengguna. Hal ini kerana iklan merupakan bahasa pengaruhan
(Asmah Haji Omar, 1992: 3). Penjual produk tersebut ingin mempengaruhi fikiran pengguna
supaya membentuk suatu imej positif terhadap produknya.
3.2
Analisis data kedua : Awet muda
Dalam konteks data kedua ini, mengikut
definisi Kamus Dewan Edisi Keempat, awet muda bermaksud sentiasa kelihatan muda
daripada usia sebenar. Gambaran mental apabila disebut ‘Awet
muda’ ialah imej seseorang yang tidak nampak tua. Hal ini bermakna, raut
wajahnya tidak menunjukkan ciri-ciri usianya yang sebenar seperti tidak
kelihatan kedutan di dahi dan gari-garis halus di bawah mata. Contohnya,
apabila disebut awet muda, akal fikiran akan menggambarkan rupa paras individu
yang kelihatan muda daripada usia sebenarnya seperti artis yang menjadi duta
produk ini yang kelihatan muda meskipun telah berusia lewat 30-an.
3.3
Analisis data ketiga : tona kulit sekata
Perkataan
Tona berasal daripada perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu ‘tone’ yang dalam konteks istilah ini merujuk kepada
warna. Selain itu, kulit sekata ialah tekstur kulit yang serata.ialah melalui
perkataan ‘tona kulit sekata’. Dalam aspek ini, fikiran membayangkan warna kulit
yang seimbang dan sempurna. Hal ini kerana, istilah ‘tona’ itu sendiri telah
menggambarkan warna pada struktur kulit muka.
Tambahan pula, apabila muncul pula
perkataan ‘kulit sekata’, fikiran akan
membacanya sebagai suatu konsep kesempurnaan wajah yang bebas daripada masalah
kulit seperti jeragat, bintik hitam, dan bebayang hitam di bawah mata.
3.4
Analisis Data keempat : Limpahi kulitmu dengan kelembapan.
Iklan
produk kecantikan wanita seterusnya adalah daripada iklan produk SILKYGIRL.
Sebelum menghuraikan bentuk imej yang
wujud dalam fikiran seseorang apabila dia mentafsir frasa ‘Limpahi
kulitmu dengan kelembapan’ ini, eloklah diterangkan maksud frasa ini. Perkataan ‘limpahi’ ialah tumpah keluar kerana terlalu banyak
atau terlalu penuh, terlalu banyak
hingga berlebih-lebihan (kemudahan,
rezeki dan lain-lain) dan
melimpah ke (kepada). Perkataan kulit pula dalam konteks situasi ini bermaksud tisu nipis yang membaluti tubuh,
manakala kelembapan pula membawa erti perihal
lembap (tidak kering) dan perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan (Kamus
Dewan Edisi Keempat).
Bentuk imej yang mungkin ditimbulkan oleh
pengguna yang membaca, melihat atau mendengar istilah ini ialah kulit yang mendapat
manfaat kelembapan daripada penggunaan produk berkenaan. Dalam situasi ini,
kelembapan yang dibayangkan ialah kulit yang tidak kering daripada nutrisi dan
air yang menyerap ke dalam kulit. Contohnya ayat yang dipetik daripada iklan
produk yang sama iaitu, “ Diadun dengan Squalane untuk memelihara kelembapan kulit
sepanjang hari agar kulit tampak lebih muda” menjelaskan bahawa perkataan Squalane iaitu
ekstrak hati ikan jerung telah mengukuhkan lagi imej yang dijelmakan oleh
pengguna.
Selain itu, istilah ‘Limpahi
kulitmu dengan kelembapan’ juga memberi imej kulit yang dibasahi air. Hal ini
bermakna, perkataan ‘kelembapan’ sekali lagi memainkan peranannya. Berdasarkan
imej kedua ini, pengguna menggambarkan kulit yang dilembapkan dengan air iaitu secara
konkrit sifatnya dapat dirasa dan dilihat dengan pancaindera di permukaan
kulit. Misalnya, mungkin pengguna yang membaca atau terdengar istilah ketika
itu sedang membayang rawatan muka yang menggunakan air seperti penggunaan
topeng pelembap di muka.
3.5
Analisis data kelima : Ceriakan matamu dengan warna baru.
Perkataan
‘ceria’ bermaksud bersih, cantik, riang dan gembira
(perwatakan), serta menarik. Dalam konteks ini, istilah ‘Ceriakan
matamu dengan warna baru’ mempunyai imejnya yang tersendiri iaitu sepasang
mata yang diindahkan atau dihiasi dengan penggunaan produk kecantikan mata yang
mempunyai pelbagai warna. Imej ini menjelaskan iklan produk tersebut merupakan
alat solekan yang mempunyai warna-warna yang ceria supaya pengguna yang
memakainya turut dikatakan memiliki mata yang ceria. Contohnya, penyataan pada
iklan produk tersebut mengenai dutanya yang memakai produk berkenaan iaitu
seperti berikut:
“ Aleya
menceriakan matanya dengan Duo Eye Shadow 18 Marine Apricot dan Funky Eyelights
Pencil 10 Cool Blue”
Berdasarkan petikan tersebut, imej yang digambarkan ternyata sama seperti
konsep yang diketengahkan iaitu konsep sepasang mata diceriakan dengan warna-warna
alat solek produk kecantikan berkenaan.
Imej kedua yang mungkin tergambar ialah seseorang
itu menggambarkan sepasang mata yang melihat
warna yang baru pada objek-objek tertentu.
Hal ini bermakna objek-objek tersebut mempunyai warna-warna yang menarik
perhatian pengguna sekaligus dikatakan mampu memberi keceriaan setiap kali
memandangnya. Misalnya, mungkin produk cat menggunakan kata-kata tersebut untuk
menarik perhatian pengguna menukarkan warna baru pada dinding rumah pengguna dan secara tidak
langsung menggalakkan pembelian produk mereka.
3.6
Analisis data keenam : Kulit penuh bertenaga.
Berdasarkan
data kelima ini, seperti data sebelum ini, kulit didefinisikan sebagai lapisan
tisu nipis pada tubuh badan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan
bertenaga pula bermaksud mempunyai atau memperlihatkan tenaga, ada tenaganya,
berkekuatan dan berdaya.
Terdapat
dua imej yang boleh digambarkan oleh fikiran pengguna apabila frasa ‘kulit
penuh bertenaga’ disebut, disengar atau dibaca oleh seeorang. Pada
imej yang pertama, pengguna mentafsirkan dalam fikirannya bahawa ‘kulit
penuh bertenaga’ ialah
struktur kulit yang sihat. Dalam konteks ini, leksikon sihat dan tenaga
dikaitkan kerana apabila sesuatu sihat, sudah pastinya tenaga akan wujud secara
implisit. Cuba kita bayangkan apabila kulit tidak sihat, tentunya tenaga dalam
kulit tidak akan aktif untuk melakukan
peranannya. Misalnya, pengguna yang menghadapi masalah kulit seperti kulit
kusam dan kulit tidak bermaya akan menyimpan suatu imej seperti ini, sekaligus
terpanggil untuk membeli produk berkenaan.
Lanjutan
itu, imej yang kedua pula menghuraikan suatu gambaran kulit yang dimiliki oleh
orang muda. Hal ini kerana, pada fikiran seseorang itu, kulit yang bertenaga
lazimnya dimiliki oleh golongan yang masih muda terutamanya kulit golongan
remaja. Buktinya, kita sering terbaca produk yang acapkali menggunakan kulit
golongan remaja sebagai metafora yang terbaik dalam mempromosikan kelebihan
produk berkenaan. Contohnya, iklan yang menyelitkan perkataan remaja ialah ‘meremajakan kulit’, ‘ mengembalikan keremajaan kulit’ dan ‘...untuk mengembalikan seri
wajah anda seperti remaja!’ .
3.7
Analisis data ketujuh : Membersih secara mendalam
Perkataan ‘membersih’
bermaksud menjadikan sesuatu bersih, manakala ‘mendalam’
mendukung beberapa makna iaitu menjadi
dalam atau lebih dalam, menjadi kukuh dan tidak mudah luput, dan sampai ke
peringkat terperinci. Dalam konteks ini, gambaran mental yang boleh
terjelma ialah kulit muka yang bersih. Hal ini bermakna kulit
muka yang bersih ialah hasil keberkesanan
produk berkenaan yang mencuci kulit muka secara terperinci. Misalnya, pengguna
akan membayangkan kulit yang dimiliki oleh duta produk tersebut yang kulitnya tampak bersih daripada segala kotoran
dan cela.
Hujah seterusnya pula ialah gambaran menyingkirkan kotaran degil. Secara
logiknya, kotoran degil ialah kesan kotoran yang agak sukar untuk dibersihkan.
Oleh itu, tindakan secara terperinci atau ‘mendalam’ diperlukan
bagi tujuan pembersihan. Contohnya, produk kecantikan berkenaan dapat
menyingkirkan lemak berlebihan yang menutupi liang roma kulit muka.
Selain itu, pengguna pencuci pakaian pula akan mencipta imej baju
yang berkotoran degil dapat ditanggalkan kerana produk pencuci pakaian tersebut
yang mencuci secara mendalam. Hakikatnya, terdapat banyak lagi imej yang
mungkin terjelma dalam fikiran setiap pengguna melalui perkataan tersebut. Hal
ini kerana, imej setiap orang kadang kala berbeza-beza dan tidak menetap pada
satu maujud iaitu bersifat abstrak mengikut keadaan serta pengalaman yang
pernah ditempuhi pengguna itu.
Implikasi
Cetusan istilah, slogan dan perkataan yang terdapat dalam iklan
terutamanya dalam iklan produk kecantikan wanita jelas terpancar maksud yang
pelbagai yang lahir dalam fikiran manusia dan amat menarik untuk terus dikaji. Menyedari
situasi ini, kajian dalam iklan produk kecantikan wanita akan dapat menambahkan
pemahaman dalam erti kata lain mendidik pengguna terutama golongan wanita
terhadap pelbagai ragam bahasa iklan agar tidak terlalu mudah terpengaruh . Hal ini kerana, teknik bahasa iklan sering
digunakan oleh pihak penjual untuk meyakinkan pengguna dengan membentuk
persepsi yang menyebelahi produk berkenaan. Persepsi bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu. Menurut Asmah haji Omar (1992
: 3) :
“Dengan
persepsi dimaksudkan cara orang melihat dan memahami apa yang di sekitarnya.
Jika sesuatu barang hendak diperkenalkan atau jualannya hendak dilariskan, maka
barang itu hendaklah sampai kepada persepsi bakal penggunanya yang sebelum itu
mempunyai sikap neutral atau negatif ”
Selain itu, aspek makna dalam bidang semantik akan lebih rancak dan
berkembang hasil aplikasi makna dalam pengiklanan. Mungkin ramai yang masih
tidak sedar akan wujudnya ilmu semantik dalam aktiviti kehidupan seharian kita.
Bahasa dalam pengiklanan pula sememangnya amat luas skop dan konsepnya.
Seterusnya, sedar ataupun tidak, pengguna didedahkan dengan kosa
kata atau perbendeharaan kata yang banyak dan pelbagai makna apabila mengkaji
kedua-dua medium bahasa ini. Hal ini akan dapat memperkaya lagi khazanah
leksikon dalam diri pengguna.
Kesimpulan
Tuntasnya, bahasa dalam iklan bukanlah perkara asing bagi orang
ramai. Produk yang semakin bercambah seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di
pasaran tempatan menyaksikan persaingan yang hebat dan sihat. Persaingan ini
bertambah menarik dengan aspek semantik yang wujud dalam setiap perkataan,
frasa dan ayat.
Rentetan itu, hasil perbincangan telah membuktikan aspek
semantik dapat dikesan atau diteliti dalam iklan produk kecantikan wanita
melalui teori dalam bidang semantik iaitu teori imej. Ternyata hasilnya cukup
menarik kerana terdapat pelbagai makna yang dapat dikupas berdasarkan data-data
yang dikumpulkan.
Gambaran mental yang tercipta menilai makna dalam
iklan kecantikan wanita dari dimensi yang berbeza-beza kerana faktor
pengalaman, pemahaman dan sikap setiap individu. Oleh itu, diharapkan kajian
ini membuka mata orang ramai terutamanya pengguna produk di pasaran akan peri
pentingnya aspek semantik dalam iklan produk dalam konteks iklan kecantikan
wanita yang lebih dominan dalam kalangan masyarakat.
Salam.. saya nak tanya adakah untuk objektif pertama kita hanya perlu senaraikan sahaja data2 terpilih mengikut jenis frasa atau ayat? Saya sedang menjalankan kajian mengenai tajuk ini juga dan sedikit confuse pd objektif pertama.. harap membantu.. tq
ReplyDelete